Anggota tentera hadapi tiga pertuduhan termasuk merogol anak tiri usia 12 tahun

Anggota tentera hadapi tiga pertuduhan termasuk merogol anak tiri usia 12 tahun

ANGGOTA tentera berpangkat koperal, didakwa atas tiga pertuduhan seksual rogol terhadap anak tiri perempuannya berusia 12 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera berpangkat koperal, didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan seksual rogol terhadap anak tiri perempuannya berusia 12 tahun, tiga bulan lalu.

Tertuduh, berusia 29 tahun, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Bagi dua pertuduhan merogol, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak tiri perempuanya berusia 12 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Bagi satu lagi pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa bagi tujuan seksual yang didakwa mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hukuman bagi seksyen itu penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 3 petang pada Jun, pukul 4 petang pada Julai dan pukul 8 malam pada 18 Ogos lalu di sebuah rumah di Cheras di sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh serius apatah lagi hubungan mangsa dan tertuduh adalah anak tiri.

“Sekiranya mahkamah memberikan ikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah ikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan,” kata Nurfadzlin.

Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu mangsa yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Peguam bela, Mark Jeyakumar Michael yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan ikat jamin kerana anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga.

“Isteri tertuduh merupakan suri rumah dan bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan daripada tertuduh. Ini kali pertama tertuduh didakwa ke mahkamah selain sepanjang siasatan dijalankan tertuduh juga telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis,” kata peguam itu.

Norshila membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 6 November depan bagi sebutan semula kes.

Hakim juga menetapkan syarat tambahan dengan mengingatkan tertuduh tidak menganggu dan tidak melawat mangsa di JKM meskipun bersama ibu kandungnya atau menghantar sebarang pesanan kepada mangsa yang boleh menganggu perbicaraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya