WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menafikan mempunyai peranan dalam menggulingkan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, yang meletak jawatan sebelum melarikan diri dari negara itu. Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre menegaskan, dakwaan campur tangan AS dalam kemelut di Bangladesh adalah palsu. “Kami percaya rakyat Bangladesh yang harus menentukan masa depan kerajaan dan itulah pendirian kami,” katanya dalam sidang akhbar, semalam. Sebuah laporan dalam akhbar Economic Times di India memetik Hasina yang menuduh AS memainkan peranan dalam menggulingkannya kerana mahu menguasai Pulau Saint Martin di Teluk Bengal. Akhbar itu berkata, Hasina menyampaikan mesej…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya