Aman Graseka sibuk, tidak dapat hadir - Pengarah - Utusan Malaysia

Aman Graseka sibuk, tidak dapat hadir – Pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah, Areel Abu Bakar, memaklumkan pelakon utamanya, Aman Graseka tidak dapat hadir ke acara tayangan perdana filem Pungut pada Rabu kerana faktor jarak.

Menurut Areel, pihaknya sudah menghantar jemputan dan menelefon pelakon itu, namun Aman sibuk menguruskan perniagaan pencuci mulut ‘Jellyball’ di Sungai Petani, Kedah.

“Kami sudah maklumkan mengenai majlis tayangan, namun dia ada beritahu tidak dapat hadir kerana sukar bergerak kerana perjalanan agak jauh.

“Produksi juga sudah telefon banyak kali, dia maklumkan sibuk,” jelasnya.

Areel berkata demikian ketika ditanya mengenai keadaan pelakon, Aman Graseka yang tidak kelihatan semasa majlis tayangan perdana dan sidang media filem Pungut pada Rabu.

Bukan itu sahaja, Areel menjelaskan Aman menunjukkan budaya kerja yang baik sepanjang bekerjasama.

“Saya sudah bekerja dengannya dua kali dalam tempoh yang sama. Dia okay, tiada masalah,” katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Aman tiada sumber pendapatan sehingga terpaksa meminjam wang daripada beberapa rakan artis.

Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis oleh Aman dengan mengatakan dia tidak pernah menagih wang daripada sesiapa kecuali kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekatnya.

Dalam perkembangan lain, Aman membawakan watak Din Cengkoi dalam filem Pungut.

Filem Pungut mengisahkan pergolakkan di pusat pelupusan sampah dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya