Alvn ubah persepsi buruk saya kepada lelaki – Siti Khadijah

Alvn ubah persepsi buruk saya kepada lelaki – Siti Khadijah

SITI KHADIJAH HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Khadijah, menyifatkan selebriti, Alvn sebagai jejaka yang mengubah persepsi buruknya terhadap lelaki.

Jelas Siti atau Siti Khadijah Abdul Halim, 27, walaupun dilihat serasi, pelakon Saga With Love itu menegaskan hubungan mereka hanyalah sebagai kawan biasa.

“Saya susah mahu berjumpa pasangan hero yang serasi kerana kebanyakannya mahu hubungan yang lebih daripada sekadar rakan sekerja.

“Namun, Alvn mengubah pandangan saya terhadap lelaki dalam industri. Dia sangat baik dan memberi komitmen yang tinggi semasa bekerja.

“Ada satu momen di mana saya tengah makan yogurt. Tiba-tiba dia bangun dan ambilkan saya sudu, pinggan dan tisu tanpa disuruh. Belum ada lagi yang lakukan seperti itu kepada saya. Mana mahu cari lelaki seperti itu?,” katanya.

Siti berkata demikian ketika diminta mengulas video mesranya bersama Alvn atau Alvin Chong, baru-baru ini.

Maklum ramai peminat yang mendoakan dia dan Alvn menjalin hubungan cinta, Siti bagaimanapun hanya mampu mengucapkan terima kasih.

“Sebagai pelakon, ramai yang menjodohkan saya dengan ramai lelaki kerana merasakan kami serasi. Terima kasih atas komen dan doa kalian.

“Saya tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan sesiapa. Jadi atau tidak sesuatu hubungan, saya harap peminat akan terus menyokong.

“Tapi dengan Alvn, kami profesional,” jelasnya.

Siti ditemui Utusan Malaysia ketika memberi sokongan kepada Alvn di majlis pelancaran album terbaharu, Reading Between The Lines, di sini, semalam.

Terkini, Alvn dan Siti sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri bertajuk Rahsiamu Selamat Denganmu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN