Aktif berniaga, Sharifah Shahirah harap Aman Graseka belajar daripada kesilapan - Utusan Malaysia

Aktif berniaga, Sharifah Shahirah harap Aman Graseka belajar daripada kesilapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, mengakui gembira dengan perkhabaran baik mengenai rakan artis, Aman Graseka, yang kini aktif menjalankan perniagaan makanan ringan di Kedah.

Menurut Shahirah, dia benar-benar berharap Aman belajar daripada kesilapan lalu dan fokus kepada memperbaiki kehidupan dan mencari sumber pendapatan dengan berniaga.

Malah, sebagai rakan artis, dia menyokong mana-mana rakan seperjuangan yang mahu berniaga termasuk Aman.

“Alhamdulillah, itulah yang kita mahukan (cari duit sendiri). Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau dia buat (perniagaan) itu secara jujur, kita akan sokong dia.

“Tidak kisahlah dia berniaga apa pun, asalkan barang tersebut sedap, jadi teruskan sahaja. Jangan dah sedap (ada duit) masih hubungi kawan-kawan (minta duit). Sekali sekala boleh, jangan selalu sangat,” katanya.

Shahirah berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Jelajah Suria Kuasa Dua di The Estate Hill, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Shahirah mengakui telah menyekat nombor digunakan Aman sebelum ini selepas menerima perkhabaran bahawa Aman meminta bantuan kewangan daripada banyak pihak.

“Tidak mengapa, ini adalah pengalaman dan saya belajar daripada kesilapan.

“Saya sudah pun sekat sebab tidak lagi dibebankan dengan masalah. Tidak mahu gaduh-gaduh,” ujarnya.

Terdahulu, timbulnya satu dakwaan mengatakan Aman yang tiada sumber pendapatan terpaksa meminjam wang daripada beberapa rakan artis yang lain.

Aman bagaimanapun kemudiannya menepis dakwaan itu dengan mengatakan bahawa dia sama sekali tidak pernah menagih wang daripada sesiapa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN