Ahmad Zahid deklamasikan puisi khas kepada Najib

Ahmad Zahid deklamasikan puisi khas kepada Najib

AHMAD Zahid Hamidi sebak ketika menyampaikan puisi yang ditujukan khas kepada Najib Razak pada ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendeklamasikan puisi buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Puisi yang bertajuk ‘Puisi Buat Sahabat’ itu disampaikan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 itu terkandung dengan mesej tersirat mengenai semangat setia kawan ketika susah senang bersama antara Timbalan Perdana Menteri itu dengan Najib.

Ahmad Zahid mengambil masa sekitar seminit untuk menyampaikan puisi tersebut, dilihat beliau turut sebak semasa menyampaikan ia.

Berikut adalah puisi yang dibaca oleh Ahmad Zahid:

 

Sahabatku,

Saat kita lewati liku perjuangan ini

Kau tebas denai dengan ketajaman fikiranmu

Kau atur gerak dengan tangkas langkahmu

Kau angkat darjat bangsa dengan kudratmu

 

Sahabatku,

Saat kita mula mengatur langkah

Kau ada dihadapanku menunjuk arah

Kau tabah mengimami jemaah

Kau kukuhkan ikatan ukhwah

 

Sahabatku,

Tatkala kau duduk di empuknya kerusi kuasa

Kau sentiasa bingkas berdiri

Membela nasib anak bangsa

Kau perah keringat menabur jasa

Ibarat lilin

Membakar diri menerangi gelita

 

Sahabatku,

Tiada yang lebih meruntun hati

Apabila mengenang pada saat dan ketika ini

Dirimu terkurung di sebalik jeriji besi

Bertemankan tembok dingin dan sepi

Mengundang resah dan rindu kami

Akan sosok tubuhmu yang sering menemani

 

Sahabatku,

Sebagai bukti sahabat sejati

Ku ikat diriku dengan ikrar dan janji

Ku susun langkah dengan bestari

Bagi memastikan engkau kembali

Kembali bersama ke pangkuan kami

Moga terbuka semua pintu hati

Moga usaha kami diredhai Illahi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN