'Ahli PKR terbabit gangguan seksual: Biar polis siasat'

‘Ahli PKR terbabit gangguan seksual: Biar polis siasat’

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menyiasat bekas ahli Parlimen parti itu yang didakwa terbabit dalam kes gangguan seksual.

Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil berkata, parti tidak akan sekali-kali bertoleransi dengan mana-mana ahli yang terbabit dalam kes jenayah termasuk gangguan seksual.

“Perkara seperti gangguan seksual adalah perkara yang tidak harus kita bertoleransi.

“Setakat ini, kita belum mendapat apa-apa maklumat mengenai kes itu dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis kini sedang menyiasat seorang bekas ahli Parlimen yang didakwa terbabit dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar dilaporkan berkata, siasatan itu dibuat pihaknya selepas mengesan satu video tular berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu.

Shahrulnizam berkata, suspek dipercayai bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan menjawat jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, beliau mengingatkan pengamal media yang pernah berdepan gangguan seksual ketika bertugas supaya segera melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa

Katanya, langkah berkenaan adalah bagi memastikan keselamatan pengamal media dijamin serta keadilan dapat ditegakkan kepada setiap mangsa.

“Saya ingin beri jaminan (kepada) semua wartawan, sekiranya anda jadi mangsa gangguan seksual tidak kira anda lelaki atau wanita. Sila buat laporan polis dan juga sampaikan makluman kepada saya,” katanya.

Sebelum ini, seorang wartawan wanita dilapor mengalami gangguan seksual ketika bertugas bagi liputan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Bagaimanapun, laporan terkini menyatakan kes membabitkan wartawan itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Kami juga akan pastikan keselamatan wartawan itu terjamin. Malah, dia (wartawan) ada berhubung dengan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN