Ahli perniagaan tak mengaku tipu pemilik syarikat Ahli perniagaan tak mengaku tipu pemilik syarikat

Ahli perniagaan tak mengaku tipu pemilik syarikat

AHMAD Faizal Ismal didakwa memperdayakan mangsa dalam urusan mendapatkan tanah pajak pertanian kerajaan Negeri Sembilan di daerah Tampin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang pemilik syarikat dalam urusan mendapatkan tanah pajak pertanian Kerajaan Negeri Sembilan, empat tahun lalu. 

Tertuduh, Ahmad Faizal Ismal, 35, didakwa memperdayakan Tan Beng Wee, 43, sehingga mendorong Beng Wee mendepositkan wang RM345,000 miliknya kepada akaun bank tertuduh dan wang tunai RM5,000 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan sekiranya tidak diperdayakan. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 24 November 2020 di sebuah firma guaman di Jalan Cheras, di sini.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.   

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman, mencadangkan jaminan sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport ke mahkamah untuk disimpan sehingga kes selesai. 

Peguam bela, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang mewakili tertuduh memohon supaya jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

“Tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan. Mohon satu jumlah jaminan yang minima dikenakan dan tidak ada sebarang bantahan yang ditetapkan pendakwaan,” kata peguam itu. 

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan Ahmad Faizal diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan. 

Mahkamah menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN