BANGKOK: Seorang ahli politik veteran berdepan siasatan oleh Parlimen selepas tindakannya menampar seorang wartawan wanita tersebar dalam satu rakaman video di Internet. Akhbar Bangkok Post melaporkan, dalam video itu, Prawit Wongsuwon, 79, dilihat menampar kepala dan muka wartawan itu yang bertanyakan soalan ketika beliau dikerumuni pemberita Jumaat lalu, selepas pemilihan Perdana Menteri baharu, Paetongtarn Shinawatra. Tindakan itu turut mengundang kecaman Persatuan Wartawan Penyiaran Thailand dan Majlis Penyiaran Berita Thailand yang menyifatkannya bertentangan dengan kelakukan seorang Ahli Parlimen. Persatuan tersebut menyifatkan, tindakan kasar Prawit dalam video itu adalah untuk menakut-nakutkan mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya