9,459 berjaya rayuan universiti boleh semak keputusan Selasa ini

9,459 berjaya rayuan universiti boleh semak keputusan Selasa ini

MUSTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh mula menyemak keputusan rayuan kemasukan ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2024/2025 mulai Selasa ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari 6 Ogos hingga 15 Ogos ini.

Beliau berkata, pemohon yang layak perlu menjawab surat setuju terima bermula 7 hingga 15 Ogos ini.

“Kami menerima 27,407 permohonan rayuan dari pemohon lepasan SPM 2023 namun, hanya 9,459 tempat disediakan.

“Bagi sesi rayuan ini, sebanyak 246 program ditawarkan dimana 13 program daripadanya membabitkan proses temuduga,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, semakan rayuan boleh dibuat menerusi portal UA masing-masing dan aplikasi UPUPocket.

Mustapha berkata, pihaknya sedang cuba berusaha memastikan semua tempat itu diisi berdasarkan syarat dan kriteria ditetapkan.

Menurutnya, pihaknya berharap lepasan SPM ini dibantu oleh ibu bapa supaya dapat memilih kursus sesuai dengan kelayakan.

“Bagi mereka yang gagal dalam permohonan rayuan, boleh memohon institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Jangan anggap TVET ini pilihan terakhir sedangkan TVET ini kebolehpasaran tinggi mencecah 100 peratus.

“TVET juga bukan tawarkan pengajian peringkat sijil sebaliknya laluan untuk sambung ke ijazah doktor falsafah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN