KUALA LUMPUR: Sebanyak 85 premis runcit di sekitar ibu negara digempur Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas menjual arak dan rokok dengan rampasan bernilai RM2.1 juta. Ia susulan Op Royal dijalankan JKDM dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Pudu, Chow Kit dan Jalan Petaling itu sejak 12 Ogos lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, sebanyak 36 kertas siasatan dibuka pihaknya setakat hari ini. Kata beliau, sebanyak 5,545 liter minuman keras dan 727,801 batang rokok dirampas selain tangkapan 35 individu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya