HARARE: Lebih 68 juta penduduk di benua Afrika kini berdepan krisis bekalan makanan dan minuman ekoran kesan akibat fenomena El Nino yang menyaksikan kemerosotan pengeluaran tanaman dan ternakan di beberapa negara. Zimbabwe, Malawi dan Zambia adalah antara negara di bahagian benua Afrika yang paling terjejas akibat kekurangan zat makanan yang disebabkan oleh kemarau pada awal tahun ini. Setiausaha Eksekutif bagi Organisasi Pembangunan untuk Komuniti Selatan Afrika (SADC), Elias Magosi berkata, 17 peratus daripada populasi penduduk di rantau tersebut, memerlukan bantuan dengan segera. “Musim hujan 2024 merupakan musim yang agak mencabar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya