60,000 berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam - Utusan Malaysia

60,000 berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Kemerdekaan
LEBIH 60,000 pengunjung membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena ambang 31 Ogos, malam tadi di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 60,000 pengunjung berhimpun memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, malam tadi.

Program tersebut bermula pukul 8.45 malam dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Selangor.

Seterusnya program diteruskan dengan persembahan Joget Selangor yang dipersembahkan oleh murid beberapa buah sekolah seluruh Selangor, deklamasi sajak dan persembahan nyanyian.

Susulan persembahan, acara perbarisan bermula dengan perarakan masuk daripada pelbagai jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi memberikan tabik hormat kepada tetamu kenamaan.

Paling mencuri tumpuan ketika persembahan itu adalah perarakan lebih 10 buah kereta klasik yang turut disertai Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah.

Antaranya adalah sketsa menangkap penjenayah yang dipersembahkan oleh polis serta operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran kereta yang dilakukan bomba.

Malah, sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan , Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menggamatkan suasana dataran sebelum sambutan kemerdekaan diakhiri dengan laungan merdeka yang dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya