59 kontinjen meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Sabtu ini

59 kontinjen meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Sabtu ini

Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut mempamerkan aset mereka iaitu misil exocet MM40 pada raptai perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 17,000 peserta daripada 59 kontinjen akan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Sabtu ini berteraskan kebersamaan Malaysia yang diterjemahkan dalam interpretasi Jiwa Merdeka.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan 25 pancaragam, 112 aset hidup serta 479 aset negara termasuk persembahan udara dan lima buah kereta berhias.

Menurut penganjur Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka iaitu kali ke-enam diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas tahun 2003, 2005, 2018, 2019 dan 2023.

Sebanyak 10 kategori kontinjen melibatkan 13,009 orang bagi acara perbarisan dan perarakan melibatkan Kontinjen Kenegaraan, Kontinjen Komuniti Malaysia Madani, Kontinjen Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Kontinjen Ekonomi.

Turut terlibat ialah Kontinjen Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

Terdapat tiga segmen persembahan yang mengambil masa selama 30 minit iaitu segmen pertama persembahan band formasi seramai 300 peserta pancarangam beruniform dan 2,000 peserta Human Graphic pelajar sekolah.

Segmen kedua ialah persembahan tempur tanpa senjata Angkatan Tentera Malaysia dengan penglibatan seramai 250 orang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 2,000 peserta Human Graphic pelajari.

“Persembahan stompers cuci rasuah dalam medley Malaysia Madani turut dipersembahkan dengan penglibatan seramai 500 orang Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan 2,000 peserta Human Graphic pelajar sekolah.

“Selain itu ialah persembahan formasi udara dengan penglibatan 37 aset udara terlibat,” katanya.

Bagi memeriahkan acara perbarisan dan perarakan, persembahan kumpulan pancaragam beserta gaya dan kreativiti semasa mengiringi kontijen-kontijen juga diadakan bagi menarik perhatian ramai.

Sebanyak 25 pasukan pancaragam dan tiga pasukan pergendangan yang akan memeriahkan sambutan itu dengan jangkaan seramai 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan acara.

Bagi memastikan kawalan keselamatan, sejumlah 210 anggata polis trafik dipertanggungjawabkan melaksanakan kawalan lalu lintas di sekitar Putrajaya.

Sebanyak 21 laluan utama sekitar Putrajaya akan ditutup bagi tujuan raptai dan raptai penuh dan pada hari sambutan 31 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN