LENGGONG: Polis memberi amaran kepada penonton dan penyokong supaya menjaga tingkah laku menjelang aksi Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini malam esok. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kira-kira 500 anggota termasuk polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditempatkan di Stadium Perak untuk mengawal keselamatan. “Penugasan dilaksanakan dengan mengambil pendekatan yang profesional dan melarang mana-mana penyokong menggunakan kekerasan dan membawa barang-barang terlarang. “Tindakan agresif mana-mana penyokong akan diambil tindakan,” katanya kepada pemberita semasa Program High Profile Policing di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya