40 warga Palestin cedera diterbangkan ke Malaysia - Utusan Malaysia

40 warga Palestin cedera diterbangkan ke Malaysia

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza diterbangkan ke Malaysia untuk menerima rawatan perubatan.

Kesemua warga Palestin yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan termasuk kecederaan tulang dan melecur itu diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir menggunakan pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr berkata dua pesawat pesawat yang membawa kesemua pesakit dari Palestin itu dijadualkan tiba di Malaysia pagi esok.

“Mereka akan menerima rawatan di hospital yang ditetapkan oleh Malaysia,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, pemilihan 40 warga Palestin itu untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa dua pesawat A-400M milik TUDM telah dihantar ke Mesir untuk membawa warga Palestin yang cedera ke Malaysia untuk rawatan perubatan.

Pada 4 Ogos lalu, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.

Menurut laporan media, hampir 40,000 warga Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 92,000 lagi cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya