38 sekolah di 5 negeri dipilih meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan 2024

38 sekolah di 5 negeri dipilih meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan 2024

PELAJAR SMK Putrajaya Presint 9 (1) mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Pentarama X Kelab Malaysiaku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di SMK Putrajaya Presint 9 (1).-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) memilih 38 buah sekolah di lima negeri bagi menganjurkan program sambutan Bulan Kebangsaan 2024 bermula hari ini hingga 16 September depan.

Program dinamakan Pentarama X Malaysiaku itu adalah pendekatan baharu diperkenalkan JaPen bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan murid sekolah.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JaPen, Rubaayah Osman berkata, ia satu pendekatan baharu jabatan berbanding sambutan bersama komuniti sebelum ini.

Beliau berkata, 38 buah sekolah yang terpilih membabitkan lima negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

“Kami memilih sekolah sebagai lokasi sambutan bagi meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan murid sekolah.

“Kita perlu memupuk semangat cintakan negara ini dari peringkat bawah lagi,” katanya dalam sidang media selepas hadir program Pentarama X Malaysiaku di Dewan Ibnu Sina, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) di sini, hari ini.

Katanya, antara pengisian program itu termasuk sembang santai, nyanyian lagu patriotik dan kuiz kenegaraan.

Rubaayah berkata, selain meningkatkan semangat patriotik, program itu juga bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada pelajar sekolah berkenaan pentingnya mengekalkan keamanan dan perpaduan di Malaysia.

Terdahulu, Rubaayah turut menyerahkan Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan dihadapan lebih 1,000 murid dan warga SMKP9(1). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN