316 pengakap berkayak telusuri sungai

316 pengakap berkayak telusuri sungai

SEBAHAGIAN pengakap yang menyertai kempori di Pusat Kokurikulum Seri Gambut, Tanjong Karang, Kuala Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 316 pengakap sekolah berkayak menyusuri sungai di Ban RB, Tanjong Karang di sini, sempena Kempori Pengakap Negeri Selangor 2024, baru-baru ini.

Mereka melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari tujuh daerah pengakap iaitu Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Gombak, Petaling Utama, Kuala Selangor dan Tanjong Karang.

Kempori selama tiga hari di Pusat Kokurikulum Seri Gambut itu menyediakan sebanyak 21 aktiviti menarik kepada peserta.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tanjong Karang, Norsam Sarmon berkata, penganjuran kali ini memberi peluang kepada ahli pengakap menyertai acara rekreasi air dengan cabaran berbeza.

“Selain menimba pengalaman aktiviti air lasak, peserta kempori dapat mempelajari teknik mengendalikan kayak.

“Namun, mereka terlebih dulu diberi taklimat rapi bagi memastikan kelancaran proses mengharungi sungai di Ban RB itu,” katanya yang mengetuai program itu.

Aktiviti lain yang dilaksanakan antaranya kim’s game, jungle tracking, masakan rimba, wall climbing, lawatan bendang, halangan komando, pertolongan cemas dan abseiling.

Selain itu, mereka menyertai aktiviti panjat pokok kelapa, kawat hos (bomba), sukan rakyat, merintis air dan kembara sejauh 1.5 kilometer (km).

Menurut Norsam, aktiviti berkayak bukan saja memberi manfaat kepada kesihatan malah ketenangan dengan keindahan alam semula jadi.

“Golongan muda perlu melatih diri menjadi individu lasak, bersemangat waja dan bersedia untuk belajar pelbagai ilmu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN