300 terlibat projek IKS penjara

300 terlibat projek IKS penjara

MOHD. Noraidi Muhammad (kanan) menunjukkan antara produk kraftangan yang dihasilkan penghuni Penjara Simpang Renggam di Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 di UTM, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ukiran kayu, kerepek tempe dan pertanian yang diusahakan penghuni Penjara Simpang Renggam adalah sebahagian daripada produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang dijual sempena Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024.

Sarjan Penjara, Mohd. Noraidi Muhammad berkata, seramai 300 penghuni yang berusia antara 20-an hingga 50-an terlibat dalam program IKS penjara berkenaan.

“Sebelum penghuni dibenarkan terlibat dalam program ini, mereka berdepan tapisan berperingkat terlebih dahulu. Apabila sudah mencapai tahap fasa ketiga baharu mereka boleh sertai.

“Semua penghuni terlibat beri kerjasama baik dengan hasil produk mereka turut mendapat sambutan daripada masyarakat. Alhamdulillah tiada perasaan negatif atau jijik dalam kalangan pembeli,” katanya.

Penjara Simpang Renggam adalah antara 96 usahawan IKS yang membuka gerai pada Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 yang berlangsung tiga hari di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini.

Menurut Mohd. Noraidi, semua proses pembuatan produk-produk tersebut dilakukan sepenuhnya di dalam kawasan penjara dengan bahan-bahan mentah dibawa masuk dari luar.

“Penghuni penjara yang terlibat ‘bekerja’ bermula pukul 8 pagi hingga 3.30 petang setiap Ahad hingga Khamis dengan gaji harian. Gaji yang diterima mereka juga boleh disimpan sehingga bebas atau boleh digunakan untuk membeli barangan-barangan yang dibenarkan.

“Selain itu, mereka maklumkan gembira kerana terlibat dengan program tersebut berbanding hanya duduk di sel masing-masing,” katanya.

Mohd. Noraidi yang ber­khidmat di penjara tersebut sejak 2005 berkata, penghuni penjara juga berpeluang mengikuti pelbagai bidang kemahiran seperti menggunting rambut, membaiki kenderaan dan kimpalan.

Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan dan Me­laka dianjurkan Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyela­rasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Ekonomi selaku kementerian peneraju dan kerajaan Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya