LUMUT: Polis menahan 30 warga Indonesia termasuk seorang tekong disyaki memasuki negara ini secara haram selepas bot dinaiki mereka rosak dan ditemui hanyut sekitar Tanjung Hantu, Segari, dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdulla berkata, pihak polis menerima maklumat kehadiran bot itu pada pukul 8.34 malam Sabtu lalu. “Polis marin menahan sebuah bot kayu dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu, Segari, disyaki membawa warga asing menggunakan laluan yang tidak diwartakan,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, selepas berjaya menahan bot…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya