3 individu ditahan sembunyi dokumen penting syarikat minyak sawit

3 individu ditahan sembunyi dokumen penting syarikat minyak sawit

3 individu ditahan reman SPRM sembunyi dokumen penting syarikat minyak sawit di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu disyaki menerima rasuah bagi menyembunyikan dokumen penting melibatkan syarikat industri minyak sawit.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 5 Ogos ini terhadap suspek wanita berusia 40-an dan lima hari sehingga 7 Ogos terhadap dua suspek lelaki berusia 40 hingga 50-an dikeluarkan Majistret Norainina Shariful Anuar setelah permohonan di buat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan sekitar pukul 10 malam semalam hingga 1 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, susspek wanita yang bertugas sebagai Pengurus Akaun ditahan kerana disyaki terlibat dengan transaksi penerimaan rasuah.

“Manakala dua suspek lelaki yang merupakan setiausaha syarikat ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi menyembunyikan beberapa dokumen penting berkaitan Call Option Agreement (COA).

“Dokumen ini dipercayai disembunyikan oleh setiausaha syarikat untuk melambatkan pihak kedua daripada melaksanakan perjanjian COA yang ditandatangani pada Mac 2021 dan melengahkan penghakiman kes saman sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2022,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN