29 generasi Felda cemerlang SPM 2023 diraikan

29 pelajar cemerlang SPM 2023 diraikan

AZMAN Adnan ( (tengah ) bersama 10 Pengetua selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 di MAEPS, Serdang baru-baru ini UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 29 pelajar generasi baharu Felda menerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan yang mewakili Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek turut menyampaikan anugerah kepada 10 sekolah terbaik kawasan Felda yang cemerlang SPM 2023.

Pelajar cemerlang yang memperoleh semua A dalam SPM 2023 menerima sijil penghargaan beserta replika cek RM1,000 sebagai rangsangan kepada mereka meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan.

Mereka mewakili sepuluh sekolah dalam Felda yang mencipta sejarah Top Ten GPS SPM 2023 yang diungguli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat dengan Gred Purata Sekolah ( GPS) 2.45, SMK LKTP Ulu Tebrau (3.94), SMK PPP Tun Razak (3.94).

SMK Bandar Baru Serting (3.99, SMK Sungai Retang (4.04), SMK Chini Timur (4.09), SMK LKTP Chini (4.11), SMK Jengka 24 (b4.15), SMK Padang Piol (4.22) dan SMK Bandar Mas dengan GPS 4.27.

Pada masa sama, Adnan turut menyempurnakan Felda Robotic Challenge( FRC) 2024 yang disertai sebanyak 80 sekolah daripada Felda, termasuk lima sekolah menengah dan 75 sekolah rendah seluruh negara termasuk menyertai FRC 2024 pada kali ini.

Beliau berkata, kejayaan pertandingan Robotik itu membuktikan bahawa generasi muda daripada kawasan FELDA memiliki bakat dan potensi yang sangat besar dalam bidang robotik, yang pastinya akan memperkayakan masyarakat.

“Pertandingan terbabit merupakan sebahagian daripada inisiatif FELDA Digital Maker Hub – Coding and Robotic, yang mendukung pendidikan digital dalam kalangan murid dan guru,” katanya.

Beliau berkata, 80 daripada 270 sekolah di kawasan FELDA seluruh negara dilengkapi dengan peralatan robotik, dan 190 sekolah lain akan segera mengikuti pelaksanaan tersebut.

Sementara itu seorang pelajar cemerlang, Muhammad Alimie Razak,18, daripada Felda Jengka 14 mengakui teruja mendapat pengiktirafan Felda dan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2024.

Anak bungsu daripada sembilan beradik itu terhutang budi kepada guru-guru SMK Jengka 24 yang menjadi faktor utama pencapaiannya meraih 9A dalam SPM 2024. SMK Jengka menduduki ranking kelapan daripada sepuluh sekolah terbaik Felda. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN