YAZD, Iran: Sebanyak 28 maut, sementara 23 yang lain cedera selepas sebuah bas yang dinaiki sekumpulan warganegara Pakistan yang mahu menghadiri satu upacara keagamaan terbabas dan terbakar di wilayah Yazd, tengah Iran, malam tadi. Reuters melaporkan, ketika kejadian, bas membawa 53 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari wilayah Sindh, Pakistan ke Karbala di Iraq. Semua mangsa dipercayai berasal dari Larkana, Ghotki dan Sindh. Pengarah Pengurusan Bencana, Ali Malekzadeh berkata, bas tersebut turut terbakar dalam kejadian di hadapan Pusat Pemeriksaan Dehshir-Taft di Iran, kira-kira 681 kilometer di selatan Teheran. “Tujuh mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya