PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuannya berhubung permohonannya untuk menyingkirkan hakim yang mendengar kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapinya. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di sini hari ini. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azman Abdullah sepatutnya mendengar rayuan itu hari ini. “Permohonan untuk hakim (Datuk Collin Lawrence Sequerah) menarik diri difailkan pada Ogos tahun lalu. Permohonan telah didengar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya