17,000 peserta meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Sabtu ini

17,000 peserta meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Sabtu ini

Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Dataran Putrajaya, Sabtu ini akan melibatkan penyertaan 17,000 peserta. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Dataran Putrajaya, Sabtu ini akan melibatkan penyertaan 17,000 peserta memeriahkan acara berteraskan kebersamaan  Malaysia yang diterjemahkan dalam interpretasi  Jiwa Merdeka.

Turut dimeriahkan dengan perbarisan 59 kontinjen, persembahan 25 pancaragam, 112 aset hidup serta 479 aset negara termasuk persembahan udara  dan lima buah kereta berhias. 

Menurut penganjur Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Pada tahun ini, Putrajaya sekali lagi dipilih  sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka iaitu kali ke-enam diadakan di Pusat Pentadbiran  Kerajaan Persekutuan selepas tahun 2003, 2005,  2018, 2019 dan 2023. 

Sebanyak 10 kategori kontinjen yang melibatkan  13,009 orang bagi acara perbarisan dan perarakan melibatkan Kontinjen Kenegaraan, Kontinjen Komuniti Malaysia Madani, Kontinjen Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Kontinjen Ekonomi.

Turut terlibat ialah Kontinjen Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

Terdapat tiga segmen persembahan yang  mengambil masa selama 30 minit iaitu segmen pertama persembahan band formasi seramai 300 peserta pancarangam beruniform dan 2,000  peserta Human Graphic pelajar sekolah.

Segmen kedua ialah  persembahan tempur tanpa senjata Angkatan Tentera Malaysia dengan penglibatan seramai 250 orang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 2,000 peserta Human Graphic pelajar sekali.

“Persembahan stompers cuci rasuah dalam medley Malaysia Madani turut dipersembahkan dengan penglibatan seramai 500 orang Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan 2,000 peserta Human Graphic pelajar sekolah. 

“Selain itu ialah persembahan formasi udara dengan penglibatan 37 aset udara terlibat,” katanya.

Bagi memeriahkan acara perbarisan dan perarakan,  persembahan kumpulan pancaragam beserta gaya dan  kreativiti semasa mengiringi kontijen-kontijen  juga untuk menarik perhatian ramai. 

Sebanyak 25 pasukan pancaragam dan 3 pasukan pergendangan yang  akan memeriahkan sambutan itu dengan jangkaan seramai 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan acara.

Bagi memastikan kawalan keselamatan, sejumlah 210 anggata polis trafik  dipertanggungjawabkan melaksanakan kawalan lalu  lintas di sekitar Putrajaya.

 Sebanyak  21 laluan utama sekitar Putrajaya akan ditutup bagi  tujuan raptai dan raptai penuh dan pada hari sambutan 31 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN