16 bayi merdeka lahir di Kedah - Utusan Malaysia

16 bayi merdeka lahir di Kedah

PELAKSANAAN Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional akan membolehkan subsidi kesihatan difokuskan kepada memberi rawatan terbaik kepada golongan berpendapatan rendah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 16 orang bayi merdeka dilahirkan di empat hospital di negeri ini sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 hari ini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Ismuni Bohari berkata, kelahiran bayi itu direkodkan sejak pukul 12 tengah malam sehingga 8 pagi tadi.

“Sembilan daripadanya merupakan bayi lelaki dan baki tujuh bayi yang dilahirkan setakat ini adalah perempuan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Dr. Ismuni, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) merekodkan enam kelahiran, diikuti empat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), lima di Hospital Kulim dan seorang di Hospital Sultanah Maliha. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya