1,500 pelajar SMK Taman Universiti berarak Hari Kebangsaan

1,500 pelajar SMK Taman Universiti berarak Hari Kebangsaan

Pelajar berbilang kaum mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Ulang Tahun ke-30 SMK Taman Universiti, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 1,500 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti, di sini menyertai perarakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-67, tahun ini.

Perarakan yang bermula pukul 7.30 pagi disertai pelajar tingkatan satu hingga lima termasuk pelajar pendidikan khas serta 115 guru.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Nurleha Ruslan berkata, semangat cintakan negara dan perpaduan yang ditunjukkan oleh para pelajar amat membanggakan sambil mengi­barkan Jalur Gemilang sepanjang perarakan sejauh 500 meter di hadapan sekolah tersebut.

“Kita terapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar agar mereka menghormati satu sama lain dan saling bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama.

“SMK Taman Universiti menjadi contoh sekolah perpaduan dan dijadikan sekolah pioneer kerana gabungan terbaik dalam kalangan para pelajar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Nurleha, perarakan yang pertama dianjurkan pihaknya juga sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 SMK Taman Universiti.

Pelbagai pengisian melibatkan para pelajar dilaksanakan selepas perarakan, antaranya nyanyian lagu patriotik, deklemasi sajak dan koir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN