15 tahun jadi pelakon, Kamal Adli nafi ada masalah disiplin - Utusan Malaysia

15 tahun jadi pelakon, Kamal Adli nafi ada masalah disiplin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli, menafikan dakwaan dirinya tidak berdisiplin kerana gagal mematuhi waktu ke set penggambaran.

Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, dia sentiasa mematuhi call time yang dijadualkan sepanjang 15 tahun bergelar pelakon.

“Eh tiada lah, saya rasa benda ini tidak ada masalah pun. Saya tiada masalah dengan call time.

“Ia benda lama, sudah tiada isu ini. Siapa kerja dengan saya mereka pasti tahu,” katanya.

Kamal berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan sebuah produksi mengatakan dirinya gagal mematuhi masa penggambaran selain menyusahkan kru terlibat.

Bukan itu sahaja, jelas Kamal, dia juga jarang mengambil sarapan pagi di set dan akan memaklumkan terlebih dahulu kepada produksi sekiranya terlewat.

“Contoh jika call time pukul 8 pagi, tapi saya akan maklumkan tidak sampai tepat waktu kerana tidak mengambil sarapan.

“Saya tidak perlu bersolek. Rambut pun sudah siap, tinggal pakai baju sahaja dan sedia untuk jalani penggambaran,” tambahnya.

Kamal ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu.

Dalam perkembangan lain, Kamal bakal membawakan watak Jai, iaitu anggota khas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melawan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

Filem arahan Zulkarnain Azhar itu turut dijayakan Syafiq Kyle, Eman Manan, Fikry Ibrahim dan bakal menemui penonton 22 Ogos ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN