HULU TERENGGANU: Sebanyak 14 tan pelbagai jenis ikan habis dijual dalam tempoh kurang dua jam pada Jualan Agro Madani sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, dekat sini, hari ini. Tinjauan mendapati, orang ramai mula memenuhi pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang seawal pukul 7 pagi bagi mendapatkan ikan segar yang dibawa khas dengan treler. Peniaga ikan, Muhammad Zubir Yusof, 37, berkata, kadar harga ikan ditawarkan serendah RM4 sekilogram bagi beberapa jenis ikan seperti selayang, lolong, selar kuning serta cencaru dan RM7 untuk ikan tongkol. “Orang ramai sudah memenuhi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya