12 rakyat Malaysia ditahan di Singapura terlibat sindiket

12 rakyat Malaysia ditahan di Singapura terlibat sindiket mata wang haram

GAMBAR fail Mahkamah Negeri Singapura
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebanyak 12 rakyat Malaysia ditahan pada 9 Ogos lalu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan mata wang haram menggunakan akaun bank Singapura yang berjaya ditumpaskan oleh polis Singapura dan Malaysia.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), sindiket pengubahan wang haram yang berpangkalan di Johor Bahru tersebut dikenal pasti oleh kedua-dua polis setelah melalui penyiasatan dan pengumpulan bukti.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pada 18 Ogos bahawa pihaknya bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berkongsi maklumat penting mengenai kes tersebut.

Suspek, Besmond Huan Yu Kang yang berusia 22 tahun diekstradisi ke Singapura pada semalam dan didakwa di Mahkamah daerah pada hari ini.  

Pihak SPF berjaya bahawa Huan dipercayai bertanggungjawab membawa warga asing ke Singapura untuk membuka akaun bank untuk mencuci hasil haram daripada penipuan.

Selain itu, Yu Kang juga menghadapi satu pertuduhan kerana menjadi sebahagian daripada konspirasi jenayah untuk mendapatkan bukti kelayakan perbankan dalam talian untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada bahan komputer.

Dia didakwa bersubahat dengan individu yang bernama Tan Kang Yung dan yang lain untuk mendapatkan kad pengenalan pengguna dan kata laluan akaun bank Singapura.

Lelaki itu kini ditahan dan kesnya akan didengar semula pada 23 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersial SPF, David Chew menyifatkan sindiket tersebut sebagai pemain utama dalam pergerakan dana haram dalam mengeksploitasi akaun bank Singapura untuk mencuci hasil pelbagai penipuan melalui sistem kewangan negara tersebut. 

Tambah beliau, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya dari Malaysia untuk mengesan dan menghalang sindiket transnasional ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya