100 BMX sertai Kayuhan Santai Merdeka 2.0

100 BMX sertai Kayuhan Santai Merdeka 2.0

ABDUL Razak Khasbullah (enam, kiri) bersama sebahagian daripada 100 orang penunggang basikal BMX pada Majlis Perasmian Penutup Kayuhan Santai 2.0 Sempena Hari Kemerdekaan Negara Ke-67 di Kuala Langat, Selangor baru-baru ini. – UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Bagi menyema­rakkan sambutan kemerdekaan, seramai 100 penunggang basikal BMX menyertai Kayuhan Santai 2.0 di Kampung Sijangkang di sini.

Penasihat Warisan Hall Studio, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, selain meraikan bulan kemerdekaan, program tersebut diadakan untuk menggalakkan golongan remaja menyertai acara fizikal yang menyihatkan.

“Program kayuhan kali kedua ini diadakan anjuran Warisan Hall Studio dan BMX Station melibatkan peserta veteran dan muda.

“Selain mengimbau nostalgia basikal BMX yang popular tiga dekad lalu, kita berharap sukan lasak BMX ini kembali dimainkan seperti dahulu,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Kayuhan Santai Merdeka 2.0.

Tambah Abdul Razak, peserta basikal BMX tertua berusia 52 tahun dan paling muda, 8 tahun.

“Kita juga menjemput penunggang basikal BMX profesional yang juga atlet negara, Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd. Raziff menunjukkan skil kepada anak-anak muda yang hadir.

“Ada juga bakat dari Sijangkang yang menunjukkan skil gaya bebas hari ini. Kita berharap sasaran mempopularkan sukan BMX yang popular era 1980-an hingga 1990-an mencapai objektifnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN