Zull Design Autotronic bimbing usahawan inovasi

ZDA bimbing usahawan inovasi

ANTARA mesin yang dibangunkan Zull Design Autotronic
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Zulldesign Autotronic Sdn. Bhd. (ZDA) merupakan sebuah syarikat perniagaan yang menghasilkan mesin pembekalan makanan, produk inovasi sains dan teknologi, produk penyelidikan dan pembangunan serta pelbagai produk lain yang berkaitan dengan inovasi.

ZDA diasaskan oleh Zulkifli Haron dan ditubuhkan pada tahun 1986 dan masih aktif sehingga ke hari ini.

Sejak penubuhannya, dianggarkan kira-kira 5,000 telah dihasilkan dan difabrikasi oleh ZDA. Setiap mesin yang dihasilkan mempunyai spesifikasi yang berbeza mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.

Mesin yang sering dihasilkan adalah mesin pembekalan makanan seperti mesin kuih samperit, mesin kuih tat nanas, mesin muruku, mesin donat, mesin rempeyek automatik, mesin pengering makanan dan banyak lagi.

Kebanyakan mesin ini ditempah oleh pengusaha tempatan bagi meningkatkan produksi mereka sekali gus dapat menaikkan jumlah jualan mereka setiap hari.

Selain itu, dalam jabatan inovasi pula, ZDA telah berjaya menghasilkan pelbagai produk bagi membantu institusi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta dan sekolah dengan menyediakan pelbagai produk dan inovasi yang diperlukan.

Sistem oceantronic merupakan ciptaan terbesar ZDA iaitu sistem yang menukarkan air paip kepada air masin untuk membela ikan kerapu, siakap dan ikan merah di bandar/ belakang rumah. Sistem ini mendapat sambutan ramai penduduk dan peniaga tempatan kerana memudahkan mereka menternak ikan air masin di rumah.

Bukan sahaja penghasilan mesin makanan dan produk inovasi, ZDA juga menyediakan latihan dan program kejuruteraan dan latihan teknikal untuk belia dan pelajar sekolah.
Semua silibus yang disediakan adalah mengikut peringkat umur. Mereka akan diajarkan ilmu secara teori dan perlu menjalankan latihan secara praktikal bagi meningkatkan kemahiran.

ZDA juga banyak terlibat dengan program khas yang dianjurkan oleh pihak tertentu bagi membantu belia dan anak muda untuk memajukan diri mereka dalam bidang kemahiran. Kemahiran yang tinggi dapat membantu belia melakukan apa jua kerja dengan baik dan cekap.

Selain itu, ZDA turut menjadi perunding yang berkemahiran untuk sektor kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta dalam menjalankan projek mereka. Setiap projek yang dijalankan perlu dibimbing bagi mengelakkan pembaziran kos dan barangan yang tidak diperlukan serta bimbingan bagi menghasilkan dan menjayakan projek tersebut dengan sempurna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN