NILAI: Yayasan ELMU mengumumkan tawaran biasiswa kepada kumpulan pertama pelajar Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) bagi sesi pengambilan Julai berjumlah RM1 juta.
Naib Canselor ELMU, Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed berkata, penajaan itu membolehkan ELMU menawarkan tajaan yuran sebanyak 50 peratus yang akan memanfaatkan kohort sulung pelajar universiti itu.
“Sokongan Yayasan ELMU sebanyak RM1 juta itu diberikan kepada pelajar yang memenuhi syarat kemasukan dalam 11 program akademik yang ditawarkan, “ ujarnya. – utusan