KUALA TERENGGANU: Seorang wanita didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini gara-gara mengusahakan spa kecantikan di rumahnya tanpa permit. Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu hari ini selepas Murni Nur Akma Idrus, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Murni Nur Akma bagaimanapun gagal membayar denda berkenaan dan diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan. Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa menyediakan satu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Murni Nur Akma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya