BUKIT MERTAJAM : Polis mengesahkan bahawa kematian dua wanita yang dijumpai terkunci dalam sebuah kereta petang kelmarin berpunca daripada terhidu gas jenis helium. Ia susulan proses bedah siasat yang dijalankan terhadap kedua-dua mangsa di Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya (HSJ), hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pada masa yang sama, pihaknya tidak menemukan sebarang senjata atau peralatan lain di lokasi yang boleh mengaitkan kejadian tersebut dengan unsur jenayah. Sehubungan itu katanya, kes berkenaan turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau SDR buat masa ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya