Nur Farah Kartini dilapor hilang selepas hantar kereta sewa ditemukan maut - Utusan Malaysia

Nur Farah Kartini dilapor hilang selepas hantar kereta sewa ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti di sini, sejak Rabu lalu ditemukan maut dipercayai dibunuh.

Mayat wanita berkenaan ditemukan kira-kira pukul 6 petang ini dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat wanita tersebut ditemukan di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu dekat sini.

“Polis sudah melakukan tangkapan. Susulan itu, kita menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi semalam.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN