Wanita digilis lori treler masih dirawat di ICU

Wanita digilis lori treler masih dirawat di ICU

Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal dinaiki terperosok di bawah sebuah lori treler di bulatan berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pembonceng wanita yang kakinya digilis lori treler di Jalan Masjid KLIA, di sini petang semalam dilaporkan masih di rawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, pihaknya dimaklumkan, keadaan kesihatan mangsa masih belum stabil dan dilaporkan kritikal.

Beliau berkata, mangsa berusia 24 tahun itu dikenali sebagai Megala itu mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan akibat kemalangan itu.

“Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang juga penunggang motosikal berusia 39 tahun hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.22 petang berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad itu, mangsa diseret hampir 80 meter oleh lori treler berkenaan malah, sebelah kakinya turut digilis kenderaan itu.

Azman berkata, kes itu masih dalam siasatan dan pihaknya menyeru mana-mana saksi bebas yang melihat insiden itu atau memiliki kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) pada kenderaan supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu lori treler mendakwa tidak menyedari bahawa motosikal mangsa sudah terperosok di bawah lorinya.

“Pemandu itu kemudiannya memberhentikan kenderaan selepas pengguna jalan raya lain menyembunyikan hon bagi memaklumkan perkara itu.

“Apabila diperiksa, seorang wanita berada di antara tayar sebelah kiri dan terseret di atas jalan,” katanya

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksye 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selain turut mengesan mengesan saksi-saksi lain serta mendapatkan laporan pakar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya