Vanessa Hudgens selamat bergelar ibu

Vanessa Hudgens selamat bergelar ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon popular, Vanessa Hudgens, selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah hospital Santa Monica, California, semalam.

Isteri kepada pemain besbol, Cole Tucker, itu dilaporkan meninggalkan pusat perubatan dengan berkerusi roda sambil memegang bayi di tangannya.

Dalam sebuah foto yang tular, pelakon High School Musical itu memakai baju biru dengan kaca mata hitam ditemani suaminya yang memakai baju hud dan seluar pendek.

Bagaimanapun, belum ada apa-apa informasi mengenai jantina dan nama anak dikongsikan pelakon tersebut sehingga kini.

Kali terakhir Hudgens dilihat memuat naik kandungan di media sosial adalah ketika ucapan hari lahir suaminya yang ke-28 tahun pada Rabu.

Terdahulu, Vanessa mencuri perhatian apabila tampil berbadan dua semasa Anugerah Oscar pada Mac lalu.

Dalam majlis tersebut, Vanessa memakai busana berwarna hitam dan bertugas sebagai pengacara sebelum acara bermula.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN