Usaha Anwar tarik pelaburan beri impak besar kepada Malaysia -  Forbes 

Usaha Anwar tarik pelaburan beri impak besar kepada Malaysia –  Forbes 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaburan dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menarik sektor bernilai tinggi dan mempercepatkan kelulusan pelaburan langsung asing (FDI) serta menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan memberi implikasi ketara kepada Malaysia dan negara rantau Asia.

Menurut laman portal Forbes, pelaburan besar telah ditarik dalam sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital.

“Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan rantaian nilai global dan memupuk ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya saing dengan memberi tumpuan kepada sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan kemajuan teknologi,” katanya.

Menurut  portal itu, langkah tersebut bagi meningkatkan tumpuan kualiti pelaburan terhadap produktiviti buruh melalui automasi dan peningkatan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan.

“Inisiatif ini direka bentuk bagi mewujudkan ekonomi yang lebih dipacu inovasi serta mengurangkan pergantungan kepada buruh berkemahiran rendah dan meningkatkan produktiviti keseluruhan. 

“Pembaharuan ini mempunyai implikasi yang ketara untuk kedua-dua Malaysia dan rantau Asia yang lebih luas,” katanya.

Portal itu turut memuji langkah Anwar dalam bidang pengoptimuman kos terutamanya rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam.

“Peralihan penjawat awam baharu kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja diunjurkan mengurangkan kos pencen bagi jangka panjang merupakan satu langkah penting. 

“Langkah ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan kerajaan dengan mengalihkan liabiliti pencen masa depan kepada model yang lebih mampan,” katanya.

Selain itu, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal menginstitusikan pengurusan fiskal yang berhemat dengan sasaran untuk defisit fiskal tiga peratus dan nisbah 60 peratus hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya