Seramai 24 pelajar Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi ilmu fertigasi penanaman cili dan baja organik vermikompos bersama 29 orang pelajar Sekolah Henry Gurney (SHG), Melaka di sini baru-baru ni bagi mengembangkan kemahiran ilmu pertanian.
Pensyarah Jabatan Teknologi Pertanian UPM, Dr. Jasmin Arif Shah berkata perkongsian ilmu pertanian dalam program Membina Masa Depan dengan Pertanian 2.0 ini membantu dan menyokong komuniti mengeluarkan hasil tanaman dan memenuhi kehendak pasaran bagi menjamin sekuriti makanan. – UTUSAN