UMT, Yayasan Petronas, ECERDC bantu usahawan

UMT, Yayasan Petronas, ECERDC bantu usahawan

Nur Farizan Hassan bersama peserta kursus pembuatan dan penyediaan makanan Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Yayasan Petronas dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bekerjasama menganjurkan program Yayasan Petronas empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan.

Ia bagi membantu mengangkat perusahaan perniagaan komuniti daerah Mersing dengan meningkatkan nilai jualan serta melonjakkan pulangan lebih tiga kali ganda daripada sebelumnya.

Program yang dirangka khas itu melibatkan 169 peserta terdiri daripada komuniti Mersing pelbagai kaum termasuk orang asli yang telah menunjukkan minat mendalam dalam mengembangkan perniagaan yang diusahakan.

Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) UMT, Dr. Zuha Rosufila Abu Hassan berkata, UMT sering meletakkan masyarakat sebagai keutamaan dalam setiap aspek penyelidikan dan pembangunan untuk dimanfaatkan.

“UMT komited membantu komuniti dalam peningkatan pendapatan dan kualiti kehidupan kumpulan sasar seperti golongan berpendapatan rendah (B40), ibu tunggal dan sebaginya.

“Pelaksanaan projek komuniti adalah berfokus kepada pelaksanaan pantas, impak tinggi, mampu milik, memenuhi pasaran dan lestari,” katanya ketika ditemui di Majlis Graduasi dan Apresiasi

Program Yayasan Petronas-UMT di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing baru-baru ini.

Peserta program, Nurfarizan Hassan,38, bersyukur kerana terpilih bagi mengikuti program pembangunan usahawan bimbingan UMT.

“Ia suatu inisiatif yang sangat baik buat usahawan kecil seperti saya untuk mengembangkan jualan produk,” katanya yang mengusahakan produk lemang frozen dan pes ikan bakar.

“Walaupun tinggal di Johor Bahru, saya kuatkan semangat untuk hadir ke kursus yang diadakan di Mersing demi kestabilan ekonomi keluarga,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN