UMT terima 416 pelajar baharu

UMT terima 416 pelajar baharu

PENGURUSAN tertinggi Universiti Malaysia Terengganu beramah mesra dengan sekumpulan pelajar baharu di kampus di Kuala Nerus baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima sejumlah 416 pelajar baharu sempena pendaftaran pelajar bagi sesi 2024/2025.

Jumlah itu mewakili pecahan 337 orang pelajar program Asasi STEM manakala 79 orang bagi mengikuti program pengajian jurusan Diploma Perikanan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dalam ucapannya berkata mahasiswa perlu bertekad dan beriltizam dalam menimba ilmu bagi membalas jasa serta harapan ibu bapa dan seterusnya menyumbang kepada negara.

“Sebagai golongan terpelajar, anda dipandang dan diletakkan pada kedudukan tinggi oleh masyarakat. Masyarakat mengharapkan anda menjadi pewaris kepimpinan, peneraju ekonomi, pencipta ilmu dan teknologi, ejen perpaduan dan perubahan serta sumber modal insan dalam pembangunan negara.

“Justeru, tugas anda adalah membalas harapan mereka dengan sebaik mungkin dengan menyemai bakti demi keutuhan agama, bangsa dan negara,” ujarnya ketika berucap semasa Majlis Ikrar

Pelajar sempena Minggu Jalinan Mesra 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT.

Sesi pendaftaran pelajar baharu sesi 2024/2025 turut menyaksikan wakil orang Asli antara lain yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian ke UMT.

Mohd Irwanshah Zainal, 17, bersyukur atas penerimaan tawaran melanjutkan pengajian di UMT bagi sesi ini.

“Sebagai pelajar dari kaum Orang Asli, saya amat berbangga dan saya mahu buktikan bahawa kaum orang asli turut boleh cipta kejayaan setanding dengan kaum-kaum lain di negara ini. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada rakan-rakan dari komuniti saya untuk terus berusaha mencapai impian mereka.

“Terima kasih UMT kerana memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pengajian di UMT dan saya akan manfaatkan peluang ini sebaiknya, insya-Allah,” katanya yang berasal dari Pontian, Johor.

Sementara itu, Jazlina Faizah Jamaludin, 20, turut berkongsi pengalaman manis sebagai fasilitator bagi Majlis Jalinan Mesra sempena sesi pendaftaran pelajar 2024/2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN