UMPSA perkasa mobiliti pelajar ke arah TVET

UMPSA perkasa mobiliti pelajar ke arah TVET

NAIB Pengarah Pejabat Antarabangsa LRVTC, Mr Warren Chen ( tengah) dan pensyarah kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Prof Madya Dr Doh Shu Ing bersama pelajar UMPSA yang sedang mengikuti program myCHAT di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC),
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN : Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terkehadapan dalam pelaksanaan program mobiliti yang mempunyai implikasi yang besar dalam meningkatkan Global Competency pelajar di samping memperkayakan pembelajaran pelajar dengan pengalaman luar negara.

Pelajar UMPSA berpeluang mengikuti Program Malaysia-China Advanced TVET Mobility Program (MYCHAT) selaras dengan keperluan industri TVET bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin, Program Mobiliti Antarabangsa ini merupakan salah satu agenda pengantarabangsaan mahasiswa menerusi Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 bagi Objektif

Strategik 6 iaitu Pengantarabangsaan dan Keusahawanan Mahasiswa seiring dengan KPI di bawah Critical Agenda Program (CAPS) pengantarabangsaan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN).

“UMPSA menjalinkan kerjasama dengan BEIFANG Automotive Education Group (BAEG) dan Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menjalani latihan peningkatan kemahiran dalam menghasilkan tenaga kerja profesional mahir tersedia industri terhadap pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN