TVET bantu pelajar aspek kemahiran

TVET bantu pelajar aspek kemahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menumpu aspek kemahiran.

Program TVET ini menyasarkan anak muda kini untuk menjadi mahir dalam bidang tertentu agar mereka lebih fokus pada permintaan industri.

Bidang kemahiran ini secara umumnya mempunyai skop yang sangat besar. Anak muda perlu lebih teliti kepada minat supaya kemahiran yang dipelajari dan diperoleh dapat digunakan. Pada masa sekarang, banyak industri memerlukan kemahiran.

Walaupun ilmu penuh di dada, jika tiada kemahiran, ia seumpama hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang juga.

Program TVET ini seharusnya diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah lagi bagi membuka mata dan minda anak muda serta ibu bapa. Pengenalan yang dibuat pada peringkat awal dapat membantu anak muda mencari minat mereka dan meyakinkan mereka bahawa bidang kemahiran ini menjamin masa depan yang baik.

Namun dengan adanya pengenalan awal program TVET ini, anak muda dapat menjadikan setiap kekurangan itu sebagai satu kelebihan. Secara tidak langsung, ia memberi mereka peluang untuk membuat persediaan dan perancangan untuk masa depan mereka.

Secara amnya, kebanyakan syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bidang kejuruteraan amat memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan skop kerja mereka.

Zulldesign Autotronic (ZDA) adalah salah sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang kejuruteraan dan sentiasa menerima graduan yang berkemahiran.

ZDA menjalankan perniagaan mesin pembekalan makanan dan projek khas yang berkait dengan penggunaan besi, kimpalan, pemotongan serta terlibat dalam bidang elektrikal dan elektronik.
Semua kerja ini memerlukan kemahiran teknikal yang baik. Memandangkan kebanyakan graduan kini tidak mempunyai kemahiran, ZDA juga menyediakan latihan kemahiran untuk pekerja baharu.

Walaubagaimanapun, kesemua graduan ini perlu mempunyai asas kemahiran di peringkat awal bagi memudahkan kedua-dua pihak iaitu graduan dan majikannya.

Bagi membantu dan menyelesaikan kekurangan ini, ZDA mengambil inisiatif dengan menyediakan program jangka pendek untuk pelajar menengah yang berminat untuk meningkatkan kemahiran teknikal mereka.

Kursus yang disediakan adalah mengikut bidang Kemahiran yang dipilih dan kesemua kerja teknikal perlu dikendalikan sendiri oleh setiap pelajar.

Muhammad Asif Zulkifli ialah Pengurus Projek Zull Design Autotronic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN