GEORGE TOWN : Tumpahan minyak dipercayai petrol yang dibawa seorang pemuda pantai atau ‘beach boy’ didakwa menjadi punca 32 daripada 40 unit gerai penjaja di Kompleks Penjaja Huma House dan Tanjong Mas di Batu Ferringhi, musnah dalam kebakaran, petang semalam. Para peniaga di situ mendakwa, api dikatakan bermula daripada tumpahan minyak tersebut sebelum menyambar beberapa buah motosikal di kawasan berkenaan lalu merebak ke unit-unit gerai di situ. Menurut seorang pekerja pembersihan di kompleks tersebut, M. Muniandy, 70, sebelum kebakaran itu berlaku, dia sedang menyapu sampah di bahagian tengah kompleks terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya