Tukar MB Perlis hanya spekulasi, tidak benar - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Tukar MB Perlis hanya spekulasi, tidak benar – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin (dua dari kanan) berkesempatan beramah mesra bersama penduduk sewaktu mengikuti Program Semarak Kasih Bersama Masyarakat di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, Perlis, hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polemik membabitkan pertukaran Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli hanyalah spekulasi semata-mata malah tiada sebarang perubahan kepimpinan kerajaan negeri akan berlaku di negeri ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tujuan beliau turun ke Perlis hari ini bukannya untuk membincangkan mengenai perkara itu namun bagi menziarahi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Beliau berkata, menerusi pertemuan bersama baginda, beliau berkesempatan berbincang mengenai perkembangan di negeri ini meliputi pelbagai bidang demi manfaat rakyat.

“Harapan baginda adalah untuk kerajaan negeri ditadbir dengan baik, mampunyai perancang jelas tentang masa depan dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

“Saya sempat mendengar dengan tekun titah baginda yang menunjukkan keprihatinan terhadap masalah rakyat dan mahukan usaha-usha dibuat bagi membantu penduduk negeri ini,” katanya selepas Program Semarak Kasih Bersama Masyarakat di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Terdahulu, timbul khabar angin bakal berlaku pertukaran Menteri Besar susulan pertemuan Muhyiddin bagi mengadap Tuanku Syed Sirajuddin.

Media sebelum ini pernah melaporkan Mohd. Shukri diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Selain itu, media juga melaporkan mengenai anak kepada Menteri Besar itu yang didakwa berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, selain mengadap Tuanku Syed Sirajuddin, beliau turut mengadakan pertemuan bersama Mohd. Shukri yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri dan PN negeri.

“Saya hadir tiada niat apa-apa hanyalah untuk melihat agar Perlis ini pentadbirannya terus kukuh kerana saya tahu kehendak rakyat negeri ini yang sangat jelas menginginkan pembangunan negeri dipercepatkan khususnya dalam keadaan ekonomi merosot sekarang.

“Jadi ia tiada kaitan dengan soal kepimpinan dan lain-lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya