HANYA guru sahaja mengetahui sikap serta perangai anak muridnya sama ada suka terhadap pembelajaran di kelas, aktiviti kokurikulum dan koakademik hatta keinginan untuk hadir sekolah. Ada sebilangan murid khususnya dalam kalangan Orang Asli yang perlu diberi nasihat dan motivasi untuk hadir ke sekolah dan suka belajar di dalam kelas di samping inisiatif galakan yang lain. Motivasi pembelajaran bukan sahaja berbentuk puji-pujian dan galakan malahan guru terpaksa memberikan pelbagai hadiah untuk…










