Tolak lelaki curang, penipu - Sophia Albarakbah trauma bercinta - Utusan Malaysia

Tolak lelaki curang, penipu – Sophia Albarakbah trauma bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap wanita mengimpikan peneman hidup yang terbaik dalam kehidupan termasuklah pelakon, Sophia Albarakbah, 30.

“Selain berpewatakan kelakar, saya juga tertarik kepada lelaki yang penyayang, bijak, jujur dan matang. Paling penting lelaki itu bukan seorang yang penipu atau kaki curang,” katanya dalam satu hantaran di Instastory.

Sophia menyatakan kriteria itu bagi menjawab pernyataan daripada peminatnya di laman itu.

Dalam pada itu, aktres jelita itu juga memberitahu dia juga tertarik dengan lelaki yang mengutamakan agama dan keluarga.

“Saya juga suka lelaki yang tidak lari daripada masalah, rajin berusaha dan selalu mencuba untuk memperbaiki diri.

“Lelaki itu haruslah suka untuk meluangkan masa bersama saya dan bekerja keras,”ujarnya.

Ditanya peminat mengenai status terkini dirinya, Sophia mengakui dirinya trauma untuk menjalinkan hubungan cinta dan enggan didekati sesiapa.

“Saya trauma, biarkan saya sendiri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya