Tingkat kecekapan MRT, LRT

Tingkat kecekapan MRT, LRT

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) komited untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan rel negara termasuk Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya mengambil serius teguran oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 itu malah, telah menetapkan indeks prestasi utama (KPI) kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Beliau berkata, pihaknya akan mengkaji segala kelemahan dalam Prasarana termasuk isu kekerapan dan jumlah penumpang.

“Itu adalah kelemahan yang sedang kita tangani terutama dari segi kekerapan dan jumlah penumpang. Semua isu itu sudah saya nyatakan dari semasa ke semasa dan bukan disebabkan teguran oleh LKAN.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami sudah menetapkan sistem KPI kepada Prasarana mengenai Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) untuk mengurangkan kegagalan selain memastikan perkhidmatan MRT dan LRT lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini, Prasarana menerusi Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Monorel dan transit aliran massa (MRT) di Lembah Klang mengendalikan lebih sejuta penumpang dalam sehari.

LKAN Siri 2/2024 baru-baru ini mendedahkan prestasi bilangan penumpang harian dan bilangan tren beroperasi serta kekerapan perkhidmatan tren waktu puncak masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Skim Kereta Api Transit Aliran Massa (MRT) 1 dan 2.

Menurut LKAN lagi, Akaun Muktamad MRT1 masih belum ditutup walaupun projek telah siap serta beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2017.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya