ARAU: Terdapat tiga sektor yang menjadi prospek dikenalpasti boleh diteroka menerusi kerjasama Perlis dan Singapura. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar berkata, kerjasama tersebut merangkumi bidang pelancongan, pendidikan dan ekonomi. Katanya, sektor pelancongan antaranya mampu menjadi antara prospek kerjasama tersebut berikutan Perlis juga adalah sebagai pintu masuk atau gateway ke Selatan Thailand. “Sektor pendidikan pula boleh diteroka meliputi aspek pertukaran pelajar atau tenaga pengajar manakala bidang ekonomi berpotensi dikukuhkan menerusi penubuhan kawasan industri dan pengeksportan hasil pertanian terpilih seperti Harumanis Perlis,” katanya berkongsi perkembangan itu kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya